Kritikan Adab

22 comments:

  1. Aslm ustaz, apa kata ustaz ubah cara pemakaian ustaz dengan berketerampilan sebagai seorang penyampai ilmu agama..sbb bg saya dlm menyampaikan ilmu agama ada adab pemakaian dan cara pemakaiannya.Insha Allah org yg menonton video2 ustaz akan lebih terbuka untuk menerima apa yang ustaz cuba smpaikan..mcm waktu ustaz bg ceramah di rancangan tv dn di masjid/surau.. kalau ustz pkai baju iron man waktu bg ceramah dkt tmpt tersebut kan lain jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat Tuan. Alhamdulillah saya sentiasa menjaga pemakaian saya. Dan pemilihan pakaian saya adalah yang saya rasa selesa.

      Mungkin anda tak selesa dengan pakaian saya. Saya minta maaf =)

      Delete
    2. Pakai t shirt saja ustaz, buat saya rasa macam lepak lepak dengan abang senior kat universiti. Kalau terlalu formal ke-ustaz-dan, macam ada limitations sebab terlebih hormat. Bukan kata tak hormat ustaz cuma lebih selesa sembang dengan abang senior.

      Delete
  2. xpe.
    teruskan pakai mcm tu je ustad. br rasa mcm member2 bagi ilmu agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Lagi selesa dan santai tapi ilmiah kan

      Delete
  3. Salam ustaz....pada saya, bab pakaian ni asalkan tutup aurat, sopan, selesa, takde logo promosi kejahatan atau politik..no hal la... lagi pun, syok tgk design baju tu.. especially gundam..saya suka...bagi org muda dan geng geng Generation Z ni tertarik skit... Ilmu yg disampaikan yg best dlm keadaan santai dan senang utk dihadam...

    Satu jer nak kritik...bab ketuk dahi...jgn la ketuk kuat sangat, nnt saya gelak..susah wooo..☺️☺️☺️☺️

    Tq ustaz...

    ReplyDelete
  4. ustaz, bkn ke gmbar wajah atau kepala tmasuk gmbar bnyawa mcm ironman gundam semua tu kan ada mata hidung mulut juga? mcm di rumah x bole gantung ke kalau baju bbeza pula?

    ReplyDelete
  5. Ironman dan seangkatan dgn nya adalah alam hayalan dalam cerita saja.watak2 dalam cerita bukan wujud dialam nyata pun

    ReplyDelete
  6. Pakailah baju apa pun..janji tutup aurat..jangan telanjang sudah..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt, Tuan Syihabuddin Ahmad. Saya sentiasa menyokong kempen ustaz dlm usaha memandaikan umat dgn ilmu.

    KRITIKAN:

    - Saya masih nampak beberapa org drpd viewers tuan yg memberikan komen berbentuk hinaan, cacian, makian hamunan, kutukan yg menyerang peribadi individu² yg tuan react.

    HURAIAN:

    - Walaupun tuan telah mengambil langkah utk meletakkan DISCLAIMER pd setiap permulaan video tuan, namun masih ada org yg tidak perasan
    - Mungkin sbb terlalu pendek atau tidak menyerlah
    - Memang ini adalah atas kehendak viewers tuan utk memberikan komen, namun kita bimbang takut kita telah membuka ruang kpd org utk melakukan perbuatan mungkar.

    CADANGAN:

    - Tuan patut letakkan PINNED COMMENT di ruangan komen yg memperingati viewers/subscribers tuan drpd melakukan perbuatan tersebut.
    - Tuan boleh memperingatkan secara lisan dlm video² ustaz.
    - Tuan boleh memperingatkan dalam ruangan deskripsi.

    Ini sekadar cadangan saya, mungkin ada betul, mungkin ada salah dan silap saya mohon maaf. Saya serahkan kpd tuan utk menilainya. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ustaz, maaf sekadar pandangan , kenapa ustaz tk tabayyun dulu sebelum react video seseorang...Tanya dulu tuan punya badan, penilaian melalui video bagi sy akan menjadi banyak salah faham.
    Jazakumullahu kheir

    ReplyDelete
  9. Mantap dah ust..cuma dalam mgkritik mana2 pihak bahasa santun kan sedikit walaupun dalam situasi tegang atau ketika tegas, insyaallah ramai yg akan berlapang dada walaupun mereka berbeza.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Salam Ust.. sini ada satu kritikan membina.. cuma perlu tonton hingga habis ler.. panjang juga ni
    https://youtu.be/5WysTs3zqnQ

    ReplyDelete
  12. Satu lagi Ustaz.. Sy seorg ahli psychology, sy berpandang kenapa Ust Syihabudin lebih viral dari guru2 lain adalah sebab orang ramai SERONOK tengok Ust dok HENTAM tokoh2 agama yg lain (walau kata hanya kritik konten)

    Ramai org SUKA melihat tokoh2 agama di hentam dan dikritik, jadi Ustaz menjadi medium utk mereka join kritik juga dan mengunakan sesi Ustaz sbg rujukan utk belasah Tokoh2 hebat spt DUKE, S. Zainul Asri, Habib Ali, Ust Dusuki dll..

    jadi, bila ustaz hentam mereka2 ini iblis join sekali membisikkan pada mereka utk memberi sorakan pada Ust dan support supaya terus menerus membelasah Tokoh Agama..

    Jika Ust tak percaya, cuba buat konten memandaikan umat tanpa sebut mana2 nama asatizah, lihat sendiri samada subscriber akan bertambah.. dan jumlah view sama atau tidak

    tak salah mencuba utk lihat kebenaran..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Ustaz.

    Sejak akhir2 ni saya lihat ustaz banyak membuat kesilapan. it's ok, it's normal. tapi kesilapan tu perlu dibuat pembetulan dan ustaz perlu tarik balik dan membuat statement pembetulan. Jangan abaikan perkara ni dan ustaz perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas segala kesilapan tu.

    Sejak ustaz aktif buat live, saya lihat ustaz sudah makin kurang buat semakan (double check) hujah2 ustaz sehingga hadis sahih pun dikata tidak sahih. itu kecuaian yang nyata.

    Saya harap ustaz baca komen2 teguran dan buat tindakan pembetulan.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, saya ada follow beberapa video ustaz serta live yang ustaz buat sekarang.. Dari pandangan saya mungkin cara penyampaian ustaz perlu lebih tenang sedikit dan lebihkan santai.. mungkin ustaz terlepas pandang dan normal semua manusia jugak membuat kesilapan..

    Ada beberapa video yang saya lihat tambahan apabila di dalam live jika ada seseorang bertanya soalan atau join live ustaz dan memberi pandangan mereka tanpa dalil ustaz terlihat agak keras sedikit apabila menjawab pendapat mereka.. Betul kita kene berhujah dengan fakta serta dalil² tertentu.. kemungkinan beliau hanya mendengar dari guru² mereka atau pun mereka tidak pandai untuk memberi pandanga atau soalan secara betul..

    Sebab ada beberapa video live ustaz org bertanya saya mendengar mereka ni tak tahu bagaimana nak berhujah serta bertanya soalan secara tepat tetapi apabila mereka bercakap ustaz terus hantam mereka.. bagi saya di situlah ramainya netizen mengkitik sikap ustaz..

    Tetapi ada sesetengah video ustaz apabila terlampau tegang situasi tersebut ustaz memberi peluang masa kepada mereka untuk menyampaikan peendapat mereka itu saya sokong..

    Itu sahaja nasihat saya agak ustaz lebih santai menjawab soalan² mereka walaupun hujah mereka tidak berlandaskan dalil mahupun fakta² tertentu yang kita lihat sangat² serpesong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mintak maaf jikalau penulisan saya ini mengguris hati ustaz.. Semoga Ustaz diberkati serta dirahmati Allah

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Salam alaikum.

    Saya nk buat teguran sikit berkenaan adab kita dalam berdialod dgn org lain. Baru2 ni ada video ustaz berdialog live dgn Kak Aza, Pawang Neo dan yg paling latest dgn Pak Abu.

    Tapi sy lebih nk fokus kpd dialog ustaz dgn pak abu. Pada sy, cara ustaz berdialog dgn pak abu tak kena. Ustaz nmpk terlebih emosi dan dlm kebanyakan keadaan ustaz meninggi ninggi suara dan kerap memotong percakapan pak abu. Cara ni tak eloklah tmbh2 sebagai orang sunnah, kita oerlu tenang bila berhadapan dgn hal2 spt ini.. manusia mmg tak lps dr kesalahan cuma boleh diperbaiki lg cara ustaz handle conversation dgn org2 yg tidak sependapat dgn ustaz..

    Berdialog ni bukn utk mng z utk nk tunjuk keilmuan kita tp kita nk menyampaikn apa yg hak drpd nas kpd org, dan of couerse dgn cara penyampaian yg terbaik dan hikmah. Jangan cpt2 emosi, kena tenang. Itu shj teguran darippada sy.

    Oh ya, sy ada cadangan.. utk lebih memberikan kebaikan buat umat, sy cadangkn ditutup aja ruang komen ustaz tu.. sbb byk komen2 yg sy baca komen yg mengherdik, menghina, meremeh, yg berkata kesat pn ada, yg nelabel label pn ada. Apa beza geng sunnah dgn geng aswj klu adab pn x dijaga?

    Disclaimer yg ustaz buat pd setiap permulaan video "sila komen yg baik2 kerana ianya sunnah" pd sy xmemberikan kesan kpd yg menonton..nasihat sy, tutup shj ruang komen krn kita hanya nk menyampaikn ilmu dan mendengar ilmu bkn nk selainnya. Tutup ruang komen menyelamatkn kita di akhirat kelak.. kerana apa komen2 buruk dr pengikut kita di bawah tu kita juga akan ditanya besok.. jln penyelesaiannya, tutup ruang komen/disabled .
    .

    ReplyDelete
  17. Assalamualikum ustaz,
    Saya antara pengikut ustaz di youtube. Saya nk komen tentang dua perkara,
    yakni tentang adab dan pakaian.

    Pada saya, knp ustaz2 yg ajar tahyul mahyul ramai followers kerana dua sebab, pertamanya adab, keduanya, cara berpakaian. Ini yg saya nampak la.

    Recently saya ada lihat video ustaz yg mana ustaz kata, ustaz pakai simple tshirt apa semua tu sebab ustaz berada di rumah, selesa, dan juga ustaz nk bg tau pd masyarakat, bahawa xwajib berserbn, berjubah apa semua tu..

    Alhamdulillah sy follow video2 ust di youtube, dan sy melihatperubahan diri ustaz dari dulu sehinggalah skrg. Yg skrg, ustaz lebih matang dlm berhujah, tidak lagi meninggi ninggi suara, berhujah dgn nada yg baik elok.. yg ini sy perlu puji perubahan ustaz, ustaz lebih beradab dlm menyampaikan pandangan2 ustaz tu skrg.

    Tentang pakaian, Mcm ni ustaz.. pandangan sy..

    Mmg pakaian spt jubah, serban, songkok, baju melayu ni bukan pakaian wajib bg seorang ustaz tp kita kne ingt, ustaz2 yg di sebelah sana tu, yg ajar tahyul mahyul, karut marut, ajar yg bertentang dgn nas, duk maki, carut dalm masjid tu rata-rata berjubah, berserban, bersongkok dan lain2 pakaian yg melambangkan imej seorang ustaz.

    Pakaian yg melambangkan diri seseorang tu adalah ustaz penting apetah lg pada zaman skrg yg mana ramai org2 awam di tempat kita jahil tentang agama. Ramai org di tempat kita yg mmg mengenal seseorang itu apabila berjubah, berserban, org tu dianggap ustaz, tuan guru dsb.

    Jubah tidak wajib, serban tidak wajib, tetapi lambakan asatizah2 yg mengajar hal2 yg bertentang dr nas yg memakai pula pakaian spt ini, agak2, kalau ustaz bercakap pakai tshirt dan seluar jeans dgn depa yg bercakap pakai jubah dan serban, agak2 org awam lebih percaya dgn ckp siapa?

    Dh tentu org yg ada "imej" agama tu. Sbb tu ustaz perlu mempertimbangkan hal ini. Bukan suruh ustaz 365 hari pakai jubah tapi bila time buat kelas mengajar di youtube biarlah pakai jubah, serban, songkok mcmtu supaya org awam yg tgk, "eh dia ni ustaz, boleh percaya".

    Time ustaz xnengajar ,itu terpulang pd ustaz la..
    Ni sy kata pd org2 awm yg jahil yg tak tau nk nilai ilmu pd seseorang dan mereka yg jahil ni ramai. Kalau xramai masakan ustaz2 yg tahyul mahyul tu ramai followers. Knp depa ajar karut pn ramai yg ikut, yg follow, sbb imej agama yg mereka bawa pd masyarakat tu. Org kita ni sejak dlu, mmg tgk org berserban sikit panggil ustaz, nampak berjanggut panjang sikit panggil haji, mmg org2 awam yg jahil ni lagu tu dlm menilai. Depa nilai penampilan kita dlu.

    Bnde ni pn Sheikh Wan Shukree hafidhahullah pn ada sebut dlm kuliah dia.. antara silap utama asatizah2 sunnah bukan semua tp segelintir, apabila diri dia sendiri xmenggambarkan yg dia tu org yg bawa agama.

    Sekali lg sy nk kata, pakai jubah tak wajib, pakai kopiah xwajib, ini adat shj, tp apa salahnya kita pakai, utk bg percaya pd org identiti kita ni seorang ustaz. Lgpun mmg kita nk menyebar ilmu agama pn, mmg nk mengajar ilmu pd org awam pn, so pakailah pakaian yg melambangkan diri awk tu seorang ustaz. Baru awk boleh tarik followers2 do sebelah sana tu utk dgr hujahan awk ,sbb depa yakin awk seorang ustaz based on cara awk berpakaian.

    ReplyDelete